Ziarah Wali Songo, Pelancongan Mesra Muslim ke Surabaya

Surabaya mempunyai banyak tempat percutian menarik, dari pada pelancongan sejarah, moden hingga pelancongan semula jadi (nature tourism) yang sangat popular, seperti Gunung Bromo, Kawah Ijen, Air terjun Tumpak Sewu, Malang Batu dan Gunung Semeru.

Tapi tidak setakat itu sahaja, Surabaya juga famous sebagai destinasi Pelancongan rohani (spiritual tourism) yang sangat diminati oleh banyak pelancong tempatan mahupun mancanegara, seperti Malaysia, Singapore, Pattani Thailand, Brunei Darusaalam dan Sabah.

Ziarah Wali Songo, Pelancongan Mesra Muslim ke Surabaya

Pelancongan Mesra Muslim, Ziarah Wali Songo di Surabaya

Tempat yang selalunya menjadi destinasi popular dan utama untuk Pelancongan Mesra Muslim di Surabaya adalah Ziarah Wali 5 (wali limo) atau Ziarah Makam Wali Songo yang ada dikawasan Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

Ziarah Wali Songo di Surabaya ialah satu kembara rohani dan pelancongan mesra Muslim yang menjejaki makam serta peninggalan sembilan wali yang berjasa besar dalam penyebaran agama Islam di Pulau Jawa, Indonesia, khususnya dikawasan Surabaya.

Ziarah makam Wali Songo di Surabaya merupakan pelancongan Islamik yang melibatkan Ziarah ke Makam Wali yang ada dikawasan Jawa Timur sahaja, antara : Surabaya, Tuban, Lamongan dan Gresik.

Ziarah Wali 5 atau Wali Songo di Surabaya ini kami sedia sebagi refrensi untuk Anda yang tengah merancang trip percutian Surabaya, (kembara rohani dan pelancongan mesra muslim ke surabaya). Antara Makam Wali yang selalunya menjadi destinasi utama pelancongan mesra muslim di Surabaya adalah :

1. Sunan Ampel Surabaya

Raden Rahmat (As-Syekh Sayyid Ali Rahmatullah) yang popular dengan nama Sunan Ampel adalah seorang ulama besar dan salah satu anggota Walisongo (sembilan wali di tanah jawa) yang berperan penting dalam menyebarkan agama Islam khususnya di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

Sunan Ampel juga salah satu pengasas atau pendiri pesantren Ampel Denta, Surabaya, yang menjadi pusat utama pendidikan Islam pertama dan terbesar di Tanah Jawa pada abad ke-15.

Sunan Ampel lahir pada Tahun 1401 di Champa, sekarang wilayah Vietnam atau Kamboja dan merupakan salah satu anak dari pada Asy-Sayyid Ibrahim al-Ghazi atau Sayyid Ibrahim Asmarakandi. Sunan Ampel wafat pada Tahun 1481 serta dimakamkan di kompleks Masjid Sunan Ampel di Surabaya.

2. Sunan Giri Gresik

Raden Paku atau Raden ‘Ainul Yaqin yang famous dengan gelaran Sunan Giri adalah salah satu anggota Wali Songo, yakni sembilan wali penyebar agama Islam di Pulau Jawa serta pendiri dan penguasa kerajaan teokratis Giri Kedaton di Gresik, Surabaya Jawa Timur.

Sejarah mencatat, Sunan Giri anak dari pada Asy-Syekh Maulana Ishaq dan Dewi Sekardadu dan nama Sunan Giri ketika kanak-kanak adalah Joko Samudra, karena beliau ditemukan di laut oleh saudagar kaya bernama Nyai Ageng Pinatih.

Gelaran lain Sunan Giri adalah Prabu Satmata, Sultan Abdul Faqih, Lahir di Blambangan Banyuwangi, sekitar tahun 1442 M dan wafat pada Tahun 1506 M, serta dimakamkan di Desa Giri, Kebomas, Gresik, Surabaya.

3. Syekh Malik Ibrahim

Sunan Gresik atau Syekh Maulana Malik Ibrahim adalah salah satu tokoh dari pada Walisongo (sembilan wali) yang paling awal dan pelopor penyebaran agama Islam di Pulau Jawa.

Terdapat dalam catatan sejarah, menyebutkan berasal dari Samarkand (zbekistan, asia tengah) atau Campa (Kamboja), serta memiliki garis keturunan dari wilayah Maghrib (Afrika Utara).

Syekh Maulana Malik Ibrahim lahir pada paruh awal abad ke-14; dan wafat pada 8 April 1419 M (12 Rabiul Awwal 822 H) di Gresik, yakni ketika masa kejayaan Kerajaan Majapahit.

Makam Asy-Syekh Maulana Malik Ibrohim Terletak di Desa Gapurosukolilo, Gresik, Jawa Timur, dan menjadi salah satu destinasi Kembara Rohani dan pelancongan mesra Muslim di Surabaya.

4. Sunan Bonang Tuban

Raden Maulana Makdum Ibrahim yang popular dengan gelaran Sunan Bonang juga salah satu anggota Wali Songo (sembilan wali) yang menyebarkan agama Islam, khususnya dikawasan pesisir utara, Tuban, Surabaya, Jawa Timur.

Raden Maulana Makdum Ibrahim (Sunan Bonang) merupakan anak dari pada Syekh Rahmatullah atau Sunan Ampel dan Nyai Ageng Manila (putri Arya Teja, Bupati Tuban).

Raden Maulana Makdum Ibrahim lahir sekitar tahun tahun 1465 M dan sekitar tahun 1525 M, serta di makamkan di Kelurahan Kutorejo, Tuban, Surabaya Jawa Timur.

Makam Sunan Bonang juga merupakan salah satu destinasi utama dalam percutian ziarah wali 5 (makam wali songo di surabaya).

5. Sunan Drajat Lamongan

Lagi satu makam tokoh penyebar agama Islam di Pulau Jawa yang termasuk dalam kelompok Wali Songo yang selalunya menjadi destinasi utama Kembara Rohani dan pelancongan Islam di Surabaya. iaitu Sunan Drajat (Raden Qasim).

Sunan Drajat atau Syekh Raden Qasim yang merupakan anggota Wali Songo adalah adik kandung dari Sunan Bonang. Lahir sekitar tahun 1470 Masehi di Surabaya dan wafat sekitar tahun 1522–1533 Masehi di Lamongan, Jawa Timur.

Sunan Drajat memusatkan aktiviti dakwahnya di kawasan Desa Drajat, Paciran, Lamongan, Surabaya Jawa Timur. Dan mendapat gelaran Sunan Mayang Madu yang diberikan Sultan Demak (Raden Patah) pada tahun 1520 Masehi.

Itulah info berkenaan Makam Wali Songo yang terletak dikawasan Surabaya, iaitu destinasi utama dan popular dalam trip kembara sufi dan palencongan mesra muslim di Surabaya.


TRIP BERSESUAIAN :

Pelancongan Muslim dan Percutian Halal (muslim tour packages dan halal holidays) yang facus pada pakej Ziarah wali Songo di Surabaya dapat di arrange 2 hari sahaja.

Tapi sekiranaya ziarah wali songo campur sekali dengan ziarah ke makam Hadrotusy Syekh KH.Hasyim Asy’ari, KH.Hamid Pasuruan dan Guru Bangil, masa yang sesuai 4 hari 3 malam.

Trip sesuai untuk percutian mesra keluarga, kanak-kanak dan warga emas (family-friendly, Muslim-friendly, and senior-friendly tour packages) adalah pakej percutian Surabaya Bromo Malang, Safari zoo, Muzium angkut, Floating market, Air terjun Coban Rondo, Flora santerra dan Surabaya city tour.

Trip untuk Anda yang gemar dengan trip adventure, hiking tour dan pelancongan semula jadi (nature tourism) adalah pakej percutian Bromo, Kawah Ijen, Hiking Semeru, Lava tour Semeru, Air terjun Tumpak Sewu, Madakaripura dan Surabaya city tour.


Info lebih banyak berkenaan “Pakej Ziarah Wali Songo di Surabaya”, Aktiviti ziarah wali Songo di Surabaya, Kemudahan, Pakej cuti siap makan, Pilihan Pakej Percutian Surabaya, Perkhidmatan supir dan lain lain, sila hubungi pihak travel agency kami.

Pakej Mesra Muslim dan Ziarah Wali Songo di Surabaya